assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, May 25, 2009

mat sabu laengkapkan saingan tim.saingan 3 penju

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu turut mengesahkan akan mencabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan minggu depan.

Beliau telah mengsahkan telah menghantar borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti tiga hari lalu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Murysidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Paduka Husam Musa dan Mat Sabu sendiri.

Minggu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Kenyataan Mat Sabu itu melengkapkan saingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti itu.

Pagi tadi Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Salor turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PruAS sejak dua penggal, juga pagi tadi mengesahkan akan bertanding bagi mempertahankan jawatan yang telah dipegagang sejak 4 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment